Monday, November 19, 2012

keajaiban di bumi GAZA

ada beberapa keajaiban yang berlaku di bumi GAZA semasa peperangan beberapa jam lalu... subhanallah... allahuakbar.... antaranya...

PERISTIWA 1:
seorang ketua mujahid Gaza berkata kepada ustaz zaik bahawa ketika satu pertempuran, komander mujahid melarang pejuang menembak kereta kebal yahudi yang memasuki kawasan mereka. dengan berbekalkan baki 4 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dab memusnahkan ia. komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. setelah habid adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! siapa yang menembak tentera laknatullah itu?
ALLAHUAKBAR!!!

PERISTIWA 2:
temuramah bersama tentera yahudi laknatullah oleh TV israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza semuanya berpakaian putih sedangkan uniform pejuang HAMAS berbaju hijau!
siapakah yang berbaju putih itu??

PERISTIWA 3:
tentera yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya..

PERISTIWA 4:
peluru berpandu yang dilancarkan oleh israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri. ia berpatah balik!!
ALLAHUAKBAR!!!

PERISTIWA 5:
pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket tersebut meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. dan roket itu mengenai sasaran di israel!

PERISTIWA 6:
seorang ulama' Syria telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan kelihatan Baginda mengeluarkan pedang dari sarungnya. ulama itu bertanya "wahai Rasulullah! ke mana kamu mahu pergi?" lalu baginda menjawab "aku mahu berperang di GAZA!".
masyaallah..... RASULULLAH SAW sendiri mahu berperang di GAZA. dimanakah kita?

itu la serba sedikit peristiwa yang menakjubkan yang sempat diceritakan oleh al-fadhil ustaz abdullah zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan....


No comments:

Post a Comment