Tuesday, December 11, 2012

tutorial: header yang transparent

assalamualaikum readers :)

jom bertutorial :) berpandukan gambar.. *CLICK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS.

before tu, untuk tutorial ni fyza guna GIMP software.. siapa yang belum ada, boleh la download dekat SINI..

1) buka software > file > open > pilih gamba yang kita nak > open

2) right click pada background yang putih > layer > transparency > add alpha channel

3) click fuzzy select tool > click dekat background putih > akan terhasil garisan putus-putus

4) click erase tool > adjust size nak besar mana > padam background putih

5) if ada background yang tak terpadam, click fuzzy select tool > click pada tempat yang tak terpadam > erase tool > padam

6) file > export > pastikan dalam ruangan 'name' buat 'png' pada hujung (lihat gambar) > export > tick pada save resolution & save creation time >  export

SIAP! :)

Monday, December 10, 2012

tutorial: buat header guna photoscape

assalamualaikum semua :)


now, fyza nak tunjuk dekat semua cara buat header guna photoscape macam gambar dekat atas ni.

sebelum tu, CLICK GAMBAR-GAMBAR DEKAT BAWAH NI UNTUK DAPAT GAMBAR YANG LEBIH JELAS :)

1) siapa-siapa yang belum ada software photoscape ni, boleh la download KAT SINI..

2) yang dah ada tu, buka software..
3) click yang number 1 > click pada new photo..
akan keluar kotak yang kat tengah tu..

4) buat "width 800" & "height 400" & "colour putih".. > click "OK"

5) click pada number 1 macam gambar dekat atas ni > pilih "photo"

6) click gambar yang anda suka dalam dokumen yang keluar > click "open"

7) akan ada 1 kotak yang keluar seperti dalam gambar > click "OK"
boleh la anda adjust gambar tu jadi kecik besar kiri kanan,,

8) click number 1 > number 2 > keluar kotak 'text' macam dalam gambar.
korang taip la apa yang korang nak taip & adjust apa yang patut..

hasilnya......
taaaraaaa!!!!! >>
korang boleh edit guna apa yang ada dalam "object" (yang fyza kotakkan warna merah tu)

9) SAVE!   kotak save ada dekat sebelah kanan bawah "undo all".. SIAP! :)

kemudian, boleh la korang letak dalam header korang..
tapi background header akan jadi warna putih la sebab tak transparent kan..
sesiapa yang tak tahu macam mana nak letak header dalam blog, boleh la berpandukan >> letak header

selamat mencuba :)

Thursday, December 6, 2012

tutorial: cara letak header pada blog

assalamualaikum..
today, fyza nak tunjukkan dekat kamu kamu cara-cara nak letak header..
tau tak header tu ape?  header ni gambar yang dekat atas sebelum entry..

1) pergi ke dashboard > layout
2) click "edit" pada kotak header

3) kemudian, akan keluar macam ni..

4) click "choose file" dan pilih gambar yang anda gemari..
5) click seperti number 2 & 3

6) lastly click "save".

view semula blog anda. ada ke tidak :) if ada, alhamdulillah... if takdak, try again. hehe

Tuesday, December 4, 2012

SAMAN?!

30.09.2012, ahad. fyza wajib balik asrama semula.. ayah tak dapat hantar. so, mama yang hantar fyza. mama suruh fyza drive. so, fyza go on je la. ape guna lesen kan? hehe..

nak balik asrama, fyza kena lalu highway SKVE. biasa dekat highway, bawa 110-120 km/j.. tapi mama suruh fyza bawak 100 je. so, fyza patuhi la arahan mama. kadang langgar jugak sampai 110. hehe..

sampai highway kajang-puchong SKVE, semua kereta slow. mesti kes ada kamera. sebab tu semua keret slow je. had yang di tetapkan 80km/j. yang fyza pulak dari highway memang dah laju, sampai situ terpaksa la slowkan kereta sebab kereta depan slow. tapi fyza lupe pulak nak tengok meter time tu...

tengah syok drive slow follow kereta depan, tiba-tiba fyza nampak flash dari camera tu. PUP!!! macam kereta yang fyza tengah bawa je kena snap tu.. tapi nak sedapkan hati, cakap "TAK" la.. sampai je asrama hingga balik semula ke rumah, fyza still fikirkan hal tu. "agak-agaknya yang hari tu kereta ayah ke yang kena tangkap tu? habis la lepasni mesti kena saman"

satu hari, mama bagitahu yang kereta ayah kena saman. sebab bawa laju. 91km/j.. kena rm300. wow!! kesalahan just 91km/j. tak berbaloi betul la kalau bayar. kereta tu atas nama mama... tapi ayah & mama ingat time ayah bawak tu la kena tangkap.. surat dah sampai dah time tu, tapi sampainya kat alamat kampung.

petang tadi time dah sampai kampung, acik bagi surat saman tu dekat fyza. fyza tengok la.. pergh! ade gambar sekali.. wahhhh.... nampak lagi jantina yang membawa kereta tu.. perempuan! pakai tudung krim! sah la tu fyza. haha!!
 click untuk dapatkan gambar dengan jelas..

sampai rumah. adik fyza NAZIFA bagi mama surat tu.. mama terkejut. then mama bagitahu ayah. ayah pun terkejut. hehe.. tapi dua-dua sengeh je la. hehehe.. *dalam hati dup dap dup dap*

nasib baik la mama ayah tak melenting kat fyza. mama pesan...
~lepas ni uda kena bawak kereta slow-slow je.~ *kalau slow, kena balik asrama awal la... TAKNAK!!!!* :(

Monday, December 3, 2012

love for SAL

assalamualaikum.. sobahan nur readers :)

hari ni,,,, isnin, fyza maybe busy.. kena pergi hantar acik ke kllinik coz nak amik ubat dia..
then nak kemas-kemas rumah.. siapkan makan tengahari atok..
pastu balik kampung.. hantar acik..
so, ni first time tau fyza kena drive balik kampung sendiri.. harap-harap fyza still ingat jalan nak balik kampung.. huhu.. almaklum la, balik bukan selalu pun. raya pun sekali sekala je..

ha! back to the topic..
semalam, kerja fyza transfer gambar yang ada dalam phone ayah ke laptop..
tengah-tengah transfer tu, fyza terjumpa 1 gambar yang fyza suka sangat sebab benda tu hasil dari tangan fyza sendiri...
nak tahu.....?

 taraaaaaa!!!

kenapa SAL?
haa,, actually, fyza tujukan gambar ni untuk kawan fyza, sheikh ahmad lutfi.. ala, kawan yang fyza story hari tu la dalam entry he is 'boy' .
ada la jugak niat if satu hari nanti kalau jumpa dia, fyza nak bagi benda ni dekat dia. tapi.....

tapi yang sedihnya..... benda ni dah hilang bersama-sama button batch fyza...
di manakah dikau berada? dah lama ku menunggumu pulang ke pangkuanku :(

yang wat fyza rasa happy kan... bila lutfi bagitahu fyza yang dy wat gambar ni as wallpaper fon dia. hehe! sukesukesuke *gediks pulok!*
dia buat wallpaper sejak fyza bagi dia gambar ni lagi tau. hehe..
then dia kata gamabr ni penuh makna.. fyza sendiri tau tahu ape makna yang dia maksudkan. hehe.. semua jawapan ada pada dia.. fyza teringin jugak nak tahu jawapannya apa.....