Wednesday, November 13, 2013

Kenangan Kita Bersama Di Melaka . .

assalamualaikum sahabat-sahabat yang fyza hormati sekalian . . :)
sihat ? dah lama fyza tak update blog ni kan . . yolah, busy la . hehe .. ceh !

act , dah lama tau nak update and share pasal fyza dengan kawan-kawan kat Melaka . Kami ade Kem Seminar untuk STPM sebenarnya . . tapi, dari kem tu la kami mengeratkan lagi ukhwah kami yang telah terbina sejak tahun lepas lagi . insyaallah .
alhamdulillah setakat ni , ukhwah kami masih dalam zon selamat , aman dan damai . dan di harapkan akan berterusan la sampai ke akhir hayat . . tak kesah la dia duduk asrama ke tak , kami berlainan kelas , ukhwah kami tetap MANTAP BEB !

together R4BIA !! ^^, with Ustaz Zainaphi - Ustaz Bahasa Arab STPM Maahad Hamidiah , Kajang .

actually, fyza tak tahu nak taip pe lagi . haha ! sebab ketandusan idea . kalau nak ikut memang banyak sangat story kat kem ni . tapi memandangkan fyza share pon lambat, mood excited nak share tuh pon kureng sikit la . .

so, just gambar je la fyza dapat letak sebagai pemberitahuan ape aktiviti kami semasa di sana . . check it out !
doing presentation Syariah .. fyza fifah + aty nadia bergabung ! melethop !

kami berpeluang melepaskan anak penyu ni ke laut . . tapi malangnya , fyza tak dapat nak lepaskan dia sebab , satu penyu RM1 . time tu pulak fyza tak bawak duit . yela, tengah main dekat pandai buat ape nak bawak duit kan . so sad u know !
Pesanan untuk Penyu-2 sekalian :
# Jaga lah diri kalian baik-baik ye ..
# kalau ada ternampak jaring, jangan pergi dekat situ ! itu hanya perangkap !
# Jangan lupa balik Melaka ..
# Membiak banyak-banyak tau  ! banyakkan generasi korang .... !!!
our lovely teachers ... ustazah latipah , cikgu afza , cikgu marina . . thanks for y'all support to all your students .. :) kamsahamnida !

culture night la ni orang putih kabo .. hehe . . but, this is IBK's girls generation ! hot gitu tau ! :D

culture night presentation from upper 6 boys generation .. IBK+IBH = ustaz zainaphi :)

 time for girls IBH+IBK :)

ni dia kami punya boys generation !

best moment with lower and upper 6 MAHISS 2013

culture night princesses IBH - cup song !

banyak lagi sebenarnya aktiviti kami dekat sana . . tp, tu je la yang fyza dapat kongsikan . . nak kongsi banyak-banyak karang bahaya pulaks . hehe . . so,,, fyza NEVER EVER FORGET memories kita bersama . . salam ukwah fillah sahabah semua ! sayang y'all . . #MUCHLOVE

Saturday, June 8, 2013

Sungai Tekala

assalamualaikum wbt :)
ok, second  entry for tonight.. dalam entry SEBELUM kan fyza ada bagitahu yang fyza and the geng pergi sungai tekala.. mandi air terjun.. kan? baca tak? tak baca lagi entry before ni?! pergi baca sekarang! haha..
ala, bukan panjang pun,, bagi fyza la.. hehe..

bukan main happy lagi kawan-kawan kamek ni bermandi-manda.. :)
eh! makan dulu before turun mandi... :) ada jugak yang sampai terus mandi. huhu.. tu dah lama tahan la tuh.. ahahaha! :D
menikmati pasta lili.. sidap woo.. menambah-manbah tau.. ni la kijo mereka.. makan mandi makan mandi.. haha.. normal.. :) lapar kan.. hehe melantak memang kije kita kan.. haha!

siap lending lagi tau.. haaa..... maaf syuk.. aku tangok macam lawa kalau snap, so, aku snap la.. haha..

pendandan rambut profesional la katakan.. :)

ni hasil dari pendandan profesional kah ?? berkongsi ilmu dalam bidang dandanan rambut :) ini semua poyo! hehe..


sampai menggigil badan diaorang mandi. haha.. tu yang lawak tu,, tengok diaorang menggigil.. haha..!
zohor, naik, salin baju and solat zohor dekat surau Sungai Tekala sekali..

on the way nak pergi surau, jumpa something.... wow! besar punya!ulat gonggok! besooooo O.o

ok, semua dah siap.. solat zohor pun dah.... kami ada 1 masalah besar yang besar la jugak.. haha..
KERETA TAK BOLEH START... :/

remote kereta Syera time tu jugak nak buat hal.. tak boleh nak berfungsi.. battery kong maybe..
so, bukak la manual.. guna kunci,, berbunyi kereta tu... brisik! >_< tahan je la.. try berkali-kali.. tak boleh jugak..
members yang laki pun dah cuba, tak boleh jugak.. sampai terfikir nak bukak itu ini..
lastly, Syera called her father.. and ayah dia pun bagitahu step-2 nya...
just bukak manual... biarkan alarm bunyi.. terus press break kaki... and start... ALHAMDULILLAH... hidup :)

balik, masing-masing kepenatan.. tapi kami tak terus balik..
singgah hospital dulu... ziarah Fakhrul yang demam denggi.. syafakallah kawan...beruntung kau dapat kawan-kawan yang sentiasa ambil berat tentang kawan-kawannya.. macam diaorang ni....

sampai je rumah, ha! hamik kau! badan sakit-sakit ! sure sume tido awal kan? haha...

wassalam...
fazy fyza <3

Wednesday, March 27, 2013

Settle Graf

assalamualaikum wbt :)

fyza nak share something yang membuatkan fyza bangge la jugak dengan diri sendiri. hahaha! poyo!!

homeworks pengajian am yang cikgu shaharuddin bagi dah siap!! ^_^ tapi graf je la.. hehe..
untuk esei belom la lagi. hehe..


ooh! yang kotak2 tu calculator ok :)

bersungguh tau fyza buat graf ni.. hehe..

ni namanya graf piramid.. :) cantik tak? haha.. ada macam kek lapis tak?? hoho

 actually graf ni graf gabungan.. bar kompaun + graf garis.. tapi garisannya tak nampak pulak :)

ha! yang ni graf gabungan jugak.. bar kompenen + graf garis.. garisnya pon tak berapa nak nampak. huhu..

p/s : kepada STPM's candidates... rajin-rajinkan buat latihan graf erk sebab markah graf paling banyak.. 20 markah tu.. kalau betul, senang-senang je dapat 20 markah.. tapi awas erk kalau salah,, teros ZERO ....

so, good luck untuk sem 2 ni ^_^ doakan kejayaan kita bersama ok :)

Sunday, February 24, 2013

Kem Pengurusan Organisasi (KEMPO)

assalamualaikum kawan-kawan cikebum-cikebum !! ;-)

what the meaning of KEMPO??
KEMPO adalah gabungan "KEM Pengurusan Organisasi" yang telah dianjurkan oleh pihak SMKA Maahad Hamidiah untuk badan pengerusi dan setiausaha.. telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)..

form6 ade 3 orang je yang join.. fyza, lily and ain. hehe.. fyza and lily wakil kelab form 6 -Majlis Permuafakatan Pra-Universiti (MPPU). ain pulak wakil pengerusi memanah..

kami start kem ni hari jumaat. lepas je solat jumaat, kami bertolak ke usim.. sampai je bumi usim, kami dapat  rumah.. bilik F2-5. dalam rumah tu ada 8 katil. tapi, roomate fyza 6 orang je. bilik lain semua 8 orang. bilik fyza 3 orang form5, 3 orang form6.. tapi nasib baik la mereka semua sporting. huhu..

tiba-tiba perut kami mula berlagu irama rock! lapar betul.. pergi la beli nasi kat depan Kolej Kediaman Nilai Court (KKNC) tu.. kenyang! alhamdulillah.. then, kami siap-siap untuk mulakan program di Fakulti Al-Quran dan Al-Sunnah (FQS).. solat maghrib and isyak kat sana.. lepas tu, start la slot first.. seriously! mengantok sangat! bosan pon ade jugak.. lagi satu! sejuk sangat! aircorn kuat sangat. huhu..

*HARI KEDUA

lepas solat subuh, kami bersiap-siap untuk ke FQS.. kalau nak ikut tentetif, pagi tu ade riadah sikit. tapi, cancel.. kalau ade pon fyza taknak join sebab berdepan dengan kediaman lelaki. segan la.. pagi tu, kami tunggu bus USIM yang disediakan khas untuk kami untuk ke FQS.. so, bertembung la dengan students tamhidi.. tengah-tengah tunggu bus tu, pusing belakang, Oh My Allah! Hassan!!! dup dap dup dap jugak jantung ni. takut dia perasan. so, fyza senyap je la.. alhamdulillah dia tak perasan. hehe..

sampai je FQS, kami sarapan.. then slot ke-2 pasal minit mesyuarat.. lepas tu lunch.. solat zohor.. ha! nak cerita ni, time nak lunch, fyza punya la carik tandas, tak jumpa. dekat dalam fakulti FQS tu ada. tapi member kata kotor sikit. so tak jadi la..

time tengah carik jalan, fyza ternampak Fakulti Pengurusan. fyza cakap dengan kawan fyza yang fyza nak carik toilet. fyza pergi sorang-sorang. tiba-tiba member sorang ni ikut. tak sampai hati nak lepas fyza sorang-sorang sebab fakulti tu takde orang. takut pape jadi kat fyza la. huhu.. carring jugak erk korang. hehe..

sampai fakulti tu, dapat la jugak carik toilet and terjumpa musollah sekali. besar musollah tu. start dari tu, kami 3 orang solat zohor  asar kat fakulti pengurusan je la tanpa seorang budak maahad pon tahu. haha.. after solat zohor dekat fakulti pengurusan tu, kami balik ke bilik kuliah QS untuk next slot (LDK).. fyza tak reti nak cakap. tambah-tambah lagi gune mike. memang tak la. hehe..

then minum petang.. dengar taklimat dari cikgu untuk hari seterusnya.. balik KKNC, mandi.. solat maghrib berjemaah dalam bilik tu.. siap-siap untuk pergi dewan kuliah FQS semula.. solat isyak di FQS.. slot seterusnya, habis pukul 11 malam.. balik KKNC.. stay dekat cafe sebab teman lily meeting dengan cikgu untuk majlis penutup.. cikgu suruh fyza jadi MC untuk majlis penutup. tapi, memandangkan fyza rasa fyza tak layak sebab meeting tu tidak melibatkan fyza sebenarnya. so, lily la yang jadi MC.. balik bilik.. tolong lily buat teks jadi MC.. lastly, tido sebab dah sakit otak.. huhu..


*HARI KETIGA (LAST DAY)

solat subuh + mandi.. siap-siap & bertolak ke dewan kuliah FQS.. breakfast nasi goreng. sedap.. :)  last slot.. lunch.. bermula lah upacara penutup yang telah dirasmikan oleh penyelaras program Tamhidi USIM.. then, sesi bergambar.. balik.. rushing kemas barang sebab cikgu kata bus maahad dah nak sampai USIM untuk ambil kami.. 

tapi bila tunggu punya tunggu... hmm,,, tak muncul-muncul.. sampai la azan zohor berkumandang.. lama tau! kami siap jumpa + borak-borak lagi dengan akak-akak USIM, ex-students maahad.. bus tak sampai-sampai jugak..

setelah penat menunggu, akhirnya, bus SMKA Maahad Hamidiah sampai jugak.. cikgu kata siapa yang masa pergi naik bus sekolah, balik naik bus sekolah jugak. tapi, arh! pedulik hape,, fyza naik jugak sebab nak kejar waktu solat zohor..

on the way pergi ke bus sekolah, tiba-tiba fyza ternampak seorang laki berbaju melayu merah duduk di kerusi batu dekat court futsal depan kediaman.. HASAN!! bia je la.. dia bukan perasan fyza pun. huhu.. fyza pun teruskan perjalanan ke bus & masuk dalam bus..

time dalam bus tu la kami semua tibai tido tak ingat dunia. sampai tersengguk-sengguk.. kepenatan la katakan. huhu.. sampai je pintu gerbang maahad, semua bangun sebab bus maahad tu keluarkan bunyi honnya yang kuat tu "Tooooooon!!!!"..

tu je la pengalaman fyza di USIM.. tapi seriously, memang fyza suka bila dapat keluar dari maahad sekali sekala sebab bila dah sampai luar maahd, fyza tak rasa kepala fyza berat dengan banyak masalah..

lagi 1, bila fyza berada di bumi USIM, fyza dapat gambarkan macam mana fyza nanti masuk U.. lebih rushing la jawapnya sebab dari kolej kediaman nak pergi kampus, jauh sangat...!

3 hari 2 malam bagi fyza memang tak cukup if program di buat di University. hehe.. tu la je pengalaman fyza jejakkan kaki and stay di USIM.. best! ^_^ nak pergi lagi!!! hehe..