Sunday, February 24, 2013

Kem Pengurusan Organisasi (KEMPO)

assalamualaikum kawan-kawan cikebum-cikebum !! ;-)

what the meaning of KEMPO??
KEMPO adalah gabungan "KEM Pengurusan Organisasi" yang telah dianjurkan oleh pihak SMKA Maahad Hamidiah untuk badan pengerusi dan setiausaha.. telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)..

form6 ade 3 orang je yang join.. fyza, lily and ain. hehe.. fyza and lily wakil kelab form 6 -Majlis Permuafakatan Pra-Universiti (MPPU). ain pulak wakil pengerusi memanah..

kami start kem ni hari jumaat. lepas je solat jumaat, kami bertolak ke usim.. sampai je bumi usim, kami dapat  rumah.. bilik F2-5. dalam rumah tu ada 8 katil. tapi, roomate fyza 6 orang je. bilik lain semua 8 orang. bilik fyza 3 orang form5, 3 orang form6.. tapi nasib baik la mereka semua sporting. huhu..

tiba-tiba perut kami mula berlagu irama rock! lapar betul.. pergi la beli nasi kat depan Kolej Kediaman Nilai Court (KKNC) tu.. kenyang! alhamdulillah.. then, kami siap-siap untuk mulakan program di Fakulti Al-Quran dan Al-Sunnah (FQS).. solat maghrib and isyak kat sana.. lepas tu, start la slot first.. seriously! mengantok sangat! bosan pon ade jugak.. lagi satu! sejuk sangat! aircorn kuat sangat. huhu..

*HARI KEDUA

lepas solat subuh, kami bersiap-siap untuk ke FQS.. kalau nak ikut tentetif, pagi tu ade riadah sikit. tapi, cancel.. kalau ade pon fyza taknak join sebab berdepan dengan kediaman lelaki. segan la.. pagi tu, kami tunggu bus USIM yang disediakan khas untuk kami untuk ke FQS.. so, bertembung la dengan students tamhidi.. tengah-tengah tunggu bus tu, pusing belakang, Oh My Allah! Hassan!!! dup dap dup dap jugak jantung ni. takut dia perasan. so, fyza senyap je la.. alhamdulillah dia tak perasan. hehe..

sampai je FQS, kami sarapan.. then slot ke-2 pasal minit mesyuarat.. lepas tu lunch.. solat zohor.. ha! nak cerita ni, time nak lunch, fyza punya la carik tandas, tak jumpa. dekat dalam fakulti FQS tu ada. tapi member kata kotor sikit. so tak jadi la..

time tengah carik jalan, fyza ternampak Fakulti Pengurusan. fyza cakap dengan kawan fyza yang fyza nak carik toilet. fyza pergi sorang-sorang. tiba-tiba member sorang ni ikut. tak sampai hati nak lepas fyza sorang-sorang sebab fakulti tu takde orang. takut pape jadi kat fyza la. huhu.. carring jugak erk korang. hehe..

sampai fakulti tu, dapat la jugak carik toilet and terjumpa musollah sekali. besar musollah tu. start dari tu, kami 3 orang solat zohor  asar kat fakulti pengurusan je la tanpa seorang budak maahad pon tahu. haha.. after solat zohor dekat fakulti pengurusan tu, kami balik ke bilik kuliah QS untuk next slot (LDK).. fyza tak reti nak cakap. tambah-tambah lagi gune mike. memang tak la. hehe..

then minum petang.. dengar taklimat dari cikgu untuk hari seterusnya.. balik KKNC, mandi.. solat maghrib berjemaah dalam bilik tu.. siap-siap untuk pergi dewan kuliah FQS semula.. solat isyak di FQS.. slot seterusnya, habis pukul 11 malam.. balik KKNC.. stay dekat cafe sebab teman lily meeting dengan cikgu untuk majlis penutup.. cikgu suruh fyza jadi MC untuk majlis penutup. tapi, memandangkan fyza rasa fyza tak layak sebab meeting tu tidak melibatkan fyza sebenarnya. so, lily la yang jadi MC.. balik bilik.. tolong lily buat teks jadi MC.. lastly, tido sebab dah sakit otak.. huhu..


*HARI KETIGA (LAST DAY)

solat subuh + mandi.. siap-siap & bertolak ke dewan kuliah FQS.. breakfast nasi goreng. sedap.. :)  last slot.. lunch.. bermula lah upacara penutup yang telah dirasmikan oleh penyelaras program Tamhidi USIM.. then, sesi bergambar.. balik.. rushing kemas barang sebab cikgu kata bus maahad dah nak sampai USIM untuk ambil kami.. 

tapi bila tunggu punya tunggu... hmm,,, tak muncul-muncul.. sampai la azan zohor berkumandang.. lama tau! kami siap jumpa + borak-borak lagi dengan akak-akak USIM, ex-students maahad.. bus tak sampai-sampai jugak..

setelah penat menunggu, akhirnya, bus SMKA Maahad Hamidiah sampai jugak.. cikgu kata siapa yang masa pergi naik bus sekolah, balik naik bus sekolah jugak. tapi, arh! pedulik hape,, fyza naik jugak sebab nak kejar waktu solat zohor..

on the way pergi ke bus sekolah, tiba-tiba fyza ternampak seorang laki berbaju melayu merah duduk di kerusi batu dekat court futsal depan kediaman.. HASAN!! bia je la.. dia bukan perasan fyza pun. huhu.. fyza pun teruskan perjalanan ke bus & masuk dalam bus..

time dalam bus tu la kami semua tibai tido tak ingat dunia. sampai tersengguk-sengguk.. kepenatan la katakan. huhu.. sampai je pintu gerbang maahad, semua bangun sebab bus maahad tu keluarkan bunyi honnya yang kuat tu "Tooooooon!!!!"..

tu je la pengalaman fyza di USIM.. tapi seriously, memang fyza suka bila dapat keluar dari maahad sekali sekala sebab bila dah sampai luar maahd, fyza tak rasa kepala fyza berat dengan banyak masalah..

lagi 1, bila fyza berada di bumi USIM, fyza dapat gambarkan macam mana fyza nanti masuk U.. lebih rushing la jawapnya sebab dari kolej kediaman nak pergi kampus, jauh sangat...!

3 hari 2 malam bagi fyza memang tak cukup if program di buat di University. hehe.. tu la je pengalaman fyza jejakkan kaki and stay di USIM.. best! ^_^ nak pergi lagi!!! hehe..

No comments:

Post a Comment